Friday, April 7, 2023

 Persembahan Wayang Kulit diketuai oleh Tok Dalang yang menggerak-gerakkan patung-patung yang diukir daripada kulit (belulang) lembu berdasarkan watak-watak tertentu. Patung-patung tersebut ditayang di belakang kelir atau kain putih melalui suluhan cahaya. Kehebatan Tok Dalang juga ialah ia boleh menuturkan pelbagai gaya suara mengikut watak-watak yang ada dalam setiap persembahannya.

Persembahan Tok Dalang dibantu oleh tujuh hingga lapan pemain muzik. Iringan muzik Wayang Kulit biasanya terdiri daripada gendang, geduk, gedumbak, gong, canang, kesi dan serunai sebagai alat melodi tunggal. Umumnya, cerita yang diutarakan dipetik daripada koleksi cerita epik Ramayana dan Mahabrata. Watak-watak popularnya ialah Seri Rama, Siti Dewi, Wak Long, Pak Dogol dan Hanuman.




No comments:

Post a Comment

Tokoh wayang kulit Kelantan

  Tokoh Wayang Kulit Siam Eyo Hock Seng (Pok Seng)- satu-satunya dalang Wayang Kulit Siam yang berketurunan Peranakan Cina Kelantan. Hamzah ...